SIRAH 25 RASUL merupakan sebuah projek animasi yang dihasilkan oleh syarikat iReka Soft Sdn Bhd dan mendapat suntingan dana daripada pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). Sirah ini terdiri daripada 25 siri yang mengisahkan tentang sejarah kehidupan 25 orang Rasul yang bermula daripada sejarah hidup Nabi Adam A.S sehinggalah ke junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

KONSEP yang cuba dibawakan menerusi produk ini adalah penceritaan yang bertemakan “Bedtime Story” dimana wujudnya pencerita yang akan bercerita tentang kisah-kisah sejarah Rasul-rasul yang terdahulu. Ini adalah salah kaedah pendidikan kepada kanak-kanak untuk mempelajari tentang kisah-kisah Rasul terdahulu dan mengambil pelajaran daripadanya. Ibu bapa pula akan menjadi pembimbing kepada kanak-kanak terbabit ketika tontonan “Sirah 25 Rasul”.

PRODUK ini pada asalnya dihasilkan didalam bentuk aplikasi mudah alih untuk pengguna android dan iOS dimana ia merupakan aplikasi pertama di Malaysia yang menayangkan Sirah Rasul didalam bentuk 3D. Mengikuti perkembangan semasa, pihak iReka Soft juga menerbitkan aplikasi ini didalam bentuk “Android Box” yang membolehkan animasi ini ditonton menerusi kaca televisyen.